Biografi Abu Marwan Ibn Zuhr
ABU
Marwan bin Zuhr adalah seorang dokter
tersohor di Andalusia dan dianggap di antara pakar kedokteran/perobatan terkemuka di
dunia sepanjang zaman.
Nama
sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Abdul Mulk bin Abu Al-A'la Zuhr bin
Muhammad bin Marwan bin Zuhr Al-Iyadi.
Beliau
juga dipanggil dengan nama Al-Iyadi kerana nenek moyangnya berasal daripada
Kabilah Iyad, sebuah kabilah Arab Adnaniyah. Di Eropa, beliau dikenali dengan
nama Avenzoar.
Seorang
orientalis Jerman, Carl Brockelmann menyebut Ibnu Zuhr dalam bukunya Tarikh
Al-adab Al-Arabiyah dengan nama Abdul Mulk bin Au Bakr bin Muhammad bin Marwan.
Padahal sebenarnya ini adalah nama bapa Ibnu Zuhr.
Ibnu
Zuhr berasal daripada keluarga yang kebanyakannya berkecimpung dalam bidang
perubatan. Bapa, anak lelaki, dan anak perempuannya bekerja sebagai doktor.
Kedua-dua puterinya juga doktor pakar perbidanan dan penyakit wanita.
Keluarga
besar Zuhr telah menetap di Syatibah, salah sebuah kota di Andalusia sejak abad
ke-10 Masihi. Antara abad ke-10 hingga ke-13 Masihi, terdapat enam orang
keturunan keluarga besar Bani Zuhr yang menonjol dalam kedoktoran.
Abu
Marwan Zuhr dilahirkan di Kota Banjalur, Andalusia, pada tahun 464 H/1072 M.
Sejarah kehidupannya lebih banyak dihabiskan di Seville. Pada awalnya beliau
mengabdikan diri kepada Al-Murabithun, kemudian mengabdikan diri kepada
Al-Muwahhidin.
Beliau
menjadi dokter
peribadi kepada Sultan Al-Muwahhidin, Abu Muhammad Abbul Mukmin bin Ali.
Segala
hasil karya Ibnu Zuhr berbicara tentang ilmu kedoktoran/perubatan yang ditulis
dengan gaya bahasa ilmiah yang amat tinggi. Buku-bukunya dipenuhi dengan
istilah-istilah ilmiah yang menunjukkan keluasan dan kedalaman pengalaman
ilmiahnya.
Gaya
bahasa yang dipakai oleh Ibnu Zuhr membuat pembacanya berasa senang, kerana
bukunya dihiasi hal-hal yang bersahaja dengan komentar-komentar yang membuat
orang kadangkala tersenyum dan tertawa.
Semua itu dicatatkan
dalam bukunya berdasarkan pengalaman peribadi dalam dunia kedokteran/perobatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar