Biografi Abbas Ibn Firnas
Abbas Ibn Firnas atau
nama penuhnya Abbas Qassim Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M dari
keturunan Berber di Sepanyol. Menemui konsep kapal terbang pertama di dunia,
mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului
dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers. Seorang pakar
sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn Firnas mendalami kimia, fizik, dan
astronomi. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari
menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan
kelajuannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan ringan,
dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn
Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara.
Penerbangan itu agak
berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun,
pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa
dia tidak mengambil kira cara burung
mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan
ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Ibn Firnas mencipta planetarium
mekanikal dengan planet-planet yang berputar.
Dia juga membuat simulasi guruh dan kilat. Ibn Firnas menyediakan jadual
astronomi, mengarang
puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
Dia juga mencipta kaedah
menghasilkan kaca dari pasir. Dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh
digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan
proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888
Masihi pada usia 77 tahun Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya.
Iraq membina memorial batu
bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan
namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya. Binaan
ukiran memorial batu Abbas Ibn Firnas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Ibn Firnas di Baghdad, Iraq.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar